Monday, March 22, 2010

Perkhidmatan-perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Yahoo! dan Google

Produk & Perkhidmatan Yahoo

1. Buku Alamat Yahoo!
Yahoo! Buku Alamat ialah pengurus kenalan dalam talian yang boleh digunakan untuk menyimpan semua maklumat kenalan individu dan syarikat. Untuk menggunakan Buku Alamat Yahoo!, pengguna mestilah terdaftar sebagai pengguna Yahoo!.

2. Mel Yahoo! (Ymail)
Perkhidmatan e-mel berasaskan web percuma yang ditawarkan oleh Yahoo!. Untuk menggunakan Mel Yahoo!, anda mestilah terdaftar sebagai pengguna Yahoo!. Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh Yahoo Mail ialah ruang e-mel sebanyak 2B, pelbagai penapis e-mel, penghalang e-mel sampah, pengimbas anti virus bina dalam

3. Web Messenger
Yahoo Messenger memberi kemudahan untuk bertukar-tukar mesej dengan pantas bersama rakan-rakan secara atas talian. Pengguna dikehendaki mendaftar dengan Yahoo terlebih dahulu bagi menggunakan web messenger ini.

4. Yahoo Groups
Menawarkan perkhidmatan menghoskan kumpulan perbincangan atau forum dan juga senarai mel secara percuma. Kumpulan perbincangan boleh dibina dengan pelbagai tujuan seperti menyatukan ahli keluarga yang berjauhan, membincangkan sesuatu topik yang diminati seperti hobi, alat perhubungan dalam pekerjaan (perbincangan rakan sekerja) dan perbincangan rakan sekelas. Contoh alamat URL : www.groups.yahoo.com/

5. Yahoo Games
Perkhidmatan permainan komputer atas talian.

6. Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
Perkhidmatan telefon bimbit atau komunikasi seperti SMS (short message services)

7. Protokol internet atau telekomunikasi lain
Perkhidmatan seperti WAP (Wireless Application Protocol).

8. Perkhidmatan lain ialah seperti iklan dalam internet, membeli-belah melalui internet dan Yahoo Avatar. Avatar ialah imej yang dicipta untuk menggambarkan anda dalam talian dengan membolehkan anada menukarpakaian, aksesori dan gaya rambut . Rakan-rakan boleh melihat melalui tetingkap IM.

Perkhidmatan Google

1. Blog melalui capaian http://www.blogger.com/start
2. SMS, berguna bagi mendapatkan lokasi sesuatu tempat, keadaan cuaca, pasaran saham dan kamus di alamat URL, http://www.google.com/sms/
3. E-mel, dikenali sebagai Gmail (gmail.google.com) dengan ruang storan 2 Gb.
4. Menyunting imej atau gambar iaitu dengan kemudahan Picasa yang boleh dimuat turun secara percuma di picasa.google.com.
5. Web (laman carian)
6. News (berita mengikut kategori pilihan)
7. Image (carian imej/gambar)
8. Catalogs (katalog pesanan mel)
9. Directory (unik kerana setiap link akan dinilai dahulu sebelum diindeks kedalam pangkalan data)
10. Froogle (carian ke atas produk perkhidmatan)
11. Print (maklumat mengenai buku)
12. Scholar (kertas-kertas ilmiah / akademik seperti jurnal, tesis, prosiding dan abstrak untuk tujuan tugasan universiti atau penyelidikan.
13. Google Earth – mendapatkan lokasi sesuatu tempat dengan lebih spesifik dengan teknologi GIS. Imej diambil dari satelit dan kapal terbang.
14. Google Desktop – pencarian terhadap apa seja seperti e-mel, lagu, video, imej dan fail-fail dokumen di dalam PC.
15. Google ZeitGeist – tren terkini pencarian internet misalnya mendapatkan maklumat penting berkaitan isu-isu semasa yang hangat diperkatakan dan tokoh-tokoh popular.
16. Google Video - carian ke atas rancanga tv dan video secara eksklusif dengan memasukkan Google Video Viewer terlebih dahulu.


Sumber:

Mohd. Aizaini Maarof.2004.Siri I: Teknologi Maklumat. Universiti Teknologi Malaysia.

Khairul Anuar Mohamad. 2008. Internet Untuk Semua. Venton Publishing, Selangor.

Khairil Nizam b. Zainal Badri. 2006. Menggali ilmu di internet menggunakan enjin carian. Venton Publishing, Selangor.

http://sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=23&t=11234&start=600

http://lukew-com/ff/entry.asp?189

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua.htm

http://computersoftware.suite101.com/

0 comments:

Post a Comment