Monday, March 22, 2010

JENIS-JENIS ENJIN CARIAN

Enjin carian [search engine] ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi.Tapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan.. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.

Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Sepuluh tapak web yang paling popular awal Julai ini menurut NetRatings, sebuah syarikat penyelidikan pengguna web adalah Yahoo!, AOL, Microsoft, MSN, GeoCities, Netscape, Excite, Tripod, Infoosek dan Disney. Menunjukkan tapak web direktori Internet terus menguasai senarai.


1. www.altavista.com

Pengguna boleh mencari halaman web, artikel perbincangan dalam USENET, syarikat perniagaan, alamat e-mail, alamat rumah seseorang dan sebagainya. Menawarkan 2 jenis pencarian iaitu pencarian mudah (simple search) dan pencarian advans (advance search). Hasil pencarian boleh diterjemah kepada 3 bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman.

2. www.msn.com

Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.

3. www.hotbot.com

Antar enjin carian yang tertua dan diperkenalkan pada tahun 1996.

4. www.lycos.com

Diwujudkan dua tahun lebih awal daripada Hotbot.

5. www.holyquran.net

Menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian Al-Quran secara umum. Contohnya pencarian teks Al-Quran, mencari perkataan dalam Al-Quran, buku-buku tafsir dan maklumat mengenai Al-Quran dan Sains.

6. www.alroqia.com/, www.islam.saudihit.com/, www.altatar.com

Dilaman web ini pengguna boleh mengetahui pelbagai cara mengubati penyakit seperti sakit terkena sihir atau gangguan makhluk halus dan sebagainya. Kaedah perubatan yang ditunjukkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

7. www.cari.com.my

Merupakan salah satu enjin carian tempatan terawal dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia menyimpan alamat laman web tempatan bagi memudahkan pencarian tempatan. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

8. www.yellowpages.com.my

Buku panduan telefon melalui internet seperti Yellow Pages yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi TM. Pautan lain yang disediakan adalah catalog mengikut kategori, peta, whitepages, mobile pages, kelab yellow dan pengiklanan.

9. www.jobsmalaysia.gov.my

JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.



Sumber :

Khairul Anuar Mohamad. 2008. Internet Untuk Semua. Venton Publishing, Selangor.

Khairil Nizam b. Zainal Badri. 2006. Menggali ilmu di internet menggunakan enjin carian. Venton Publishing, Selangor.

Dr. Abd Rauf Dato’ Haji Hassan Azhari at al. 2007. Pencarian Laman Web Pengajian Al-Quran Melaui Internet. Venton Publishing, Selangor.

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces

http://www.ilmuit.com/tutorial/74

www.mpcx.wordpress.com/2007/06/27/inovasi-enjin-carian-untuk-peminat-blog

1 comments:

Unknown said...

kat mana ada jawapan bagi soalan lima sebab mengapa enjin carian menyimpan entri carian ? balass cepattt urgentt...

Post a Comment