Tuesday, March 23, 2010

FAIL 'EXTENSION'

Fail extension merupakan satu sambungan kepada satu nama fail yang membantu dalam mengenalpasti fail-fail dalam system operasi seperti Microsoft Windows. Dalam Microsoft Windows fail extension biasanya terdapat dalam tiga karekter atau aksara. Contohnya fail tugasan5.txt, extension untuk fail ini ialah txt dan txt di sini bermaksud text file.

Terdapat pelbagai jenis fail di komputer antaranya ialah fail program, fail data, fail teks, fail grafik, fail audio dan fail video.

1. Fail Program

Sebuah fail yang mengandungi arahan-arahan perisian. Contoh fail program ialah program pemprosesan perkataan dan rogram helaian elektronik.

2. Fail Data

Fail yang mengandungi data. Contohnya ialah data-data yang menggunakan aplikasi pangkalan data seperti Microsoft Excel dan disimpan ke dalam fail. Extension bagi fail graik adalah seperti .xls, .doc, .ppt dan sebagainya.

3. Fail Teks

Ia juga dikenali sebagai fail ASCII. Fail ini hanya mengandungi teks sahaja tanpa mengandungi grafik dan sebarang format seperti teks sendeng, bergaris atau tebal. Extensionnya ialah .txt.

4. Fail Grafik

Fail yang mengandungi imej digital seperti gambar yang telah diproses untuk dimasukkan ke dalam komputer. Extension bagi fail grafik adalah seperti .tig, .jpg, .gif dan sebagainya.

5. Fail Audio

Merupakan fail yang mengandungi bunyi digital yang digunakan untuk menghasilkan bunyi seperti muzik atau suara di dalam CD-ROM multimedia atau Internet. Contoh extension fail audio ini ialah .mid.

6. Fail Video

Fail yang mengandungi imej video digital yang diguna untuk memaparkan imej yang bergerak sama ada dalam CD-ROM atau Internet. Contohnya ialah .mpg.

Extension atau tambahan nama fail yang tertentu seperti .doc, .jif, .exe, dan sebagainya akan dijana secara automatik oleh program aplikasi yang menciptanya.


Rujukan:

Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Siri ii Teknologi Maklumat. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

http://www.computerhope.com/jargon/f/fileext.htm

0 comments:

Post a Comment