Friday, February 12, 2010

Ghostery - Mengintip Pengintip


Justify Full
Ghostery - Mengintip Pengintip

Add On menarik untuk pengguna Mozilla Firefox mengawasi keselamatan PC.

Ketika sedang melayari internet anda mungkin diintip. Pernahkah anda menyedari perkara ini? Adalah lebih baik sekiranya anda berhati-hati kerana banyak laman web kini ditanam dengan Web Bug untuk mengintip anda. Sesetengah Web Bug ini tidak merbahaya iaitu sekadar mengawasi untuk respon tertentu. Namun ada juga yang berselindung disebalik muka web untuk mengumpul maklumat tentang diri anda tanpa anda ketahui.

Apa itu Web Bug?

Web Bug merupakan grafik pada laman web atau pada mesej emel yang direka untuk memantau individu yang mengunjungi laman web atau mesej emel. Dengan saiz 1x1 piksel ia sukar untuk dilihat. Pentadbir laman web menggunakan Web Bug untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri anda, apa yang anda lakukan, mana yang anda klik, apa yang anda lihat dan sebagainya. Meskipun anda merasakan dengan memadam Cookie penggunaan internet boleh membantu masalah ini, hakikatnya tidak begitu. Memadam Cookie mungkin boleh melindungi privasi anda di internet tetapi Web Bug masih ada di situ untuk mengintip anda.

Selain memasang perisian sekuriti internet seperti antivirus dan anti Spyware ( satu kemestian tanpa kompromi), anda juga boleh menambah aplikasi atau Add On ini pada pelayar web anda untuk mengintip si pengintip. Ghostery boleh dipasang pada pelayar web Mozilla Firefox secara percuma dan ia membantu memberi amaran sekiranya sesebuah laman web yang anda lawati mengandungi Web Bug.

Sumber : Majalah PC, Januari 2010.

0 comments:

Post a Comment