Definisi
IT (information Technology)boleh ditakrifkan sebagai,semua jenis perkakasan dan program yang digunakan dalam memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Menurut Longman dictionary of contemporary English (1987), IT didefinisikan sebagai "The science and practice of using computer and telecommunication system to gather, store, apply and transmit information".
Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).
Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.
Antara contoh IT adalah seperti;
- Komputer dan perkakasannya.
- Program komputer (perisian pemprosesan data seperti microsoft word dan sebaginya)
- CD, pen drive, DVD dan sebagainya untuk menyimpan data.
- Mesin faks, pencetak, pengimbas dan telefon
Fungsi IT pada hari ini semakin meluas dan berkembang selari dengan ledakan teknologi maklumat. Antara fungsi utama IT adalah seperti;
a. Mempersembahkan maklumat.
IT digunakan untuk mempamerkan maklumat kepada orang ramai sama ada melalui laporan, penerbitan sebuah bahan percetakan atau tidak bercetak.
b. Mengendali maklumat.
Untuk mencapai, mengemaskini, menyusun, menyimpan dan menganalisis maklumat dengan menggunakan perisian pangkalan data (contoh Microsoft Access) dan sebagainya.
c. Komunikasi data.
Memindahkan data dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan talian telefon, kabel atau bahantara komunikasi lain.
Rujukan.
Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat Siri 1. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
http://sabahthroughus.blogspot.com/2009/07/definisi-teknologi-maklumat.html
0 comments:
Post a Comment