Monday, March 22, 2010

Enjin Carian Yang Menjadi Pilihan

Kenapa Memilih Google

Setelah melihat kelebihan dan kekurangan enjin-enjin carian yang ada kami lebih tertarik kepada enjin carian Google kerana beberapa faktor yang menarik. Google umpamanya merupakan enjin carian yang paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Ia juga merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang terbaik setakat ini dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa. Ia juga mampu memberikan keputusan carian yang jitu. Nadi kepada perkhidmatan ini ialah dua teknologi utama iaitu PageRank dan Analisis Padanan-Hiperteks. Antara yang menarik minat kami terhadap enjin carian Google ini juga adalah seperti berikut;

a. Keupayaannya membuat carian dalam tempoh yang pantas.
b. Ketepatan dan kejituannya dalam menjejaki sesuatu maklumat di internet.
c. Perkhidmatan eksklusif yang disediakan mengikut kategori atau skop-skop tertentu begitu memudahkan pencarian.
d. Perkhidmatan lain yang menarik dan menjadi destinasi hentian utama ramai pengguna seperti blog, SMS, Gmail (dengan ruang storan yang besar)


Sumber :

Mohd. Aizaini Maarof.2004.Siri I: Teknologi Maklumat. Universiti Teknologi Malaysia.

http://notakom.tripod.com/Bab_Dua.htm

http://computersoftware.suite101.com/

0 comments:

Post a Comment