Enjin carian adalah cara paling popular untuk pengguna Internet bagi mendapatkan sebarang maklumat dan juga mencari produk di Internet. Contoh enjin pencari yang popular adalah Google.com, MSN.com, AOL.com dan Yahoo.com.
Untuk menambah keberkesanan carian mereka, setiap enjin pencari menawarkan kepada pemilik laman web untuk mendaftarkan laman web ke dalam senarai carian mereka.
Untuk mendaftar pemilik laman web perlu memasukkan nama domain dan maklumat sampingan web mereka ke dalam bahagian Add Site. Maklumat yang selebihnya akan dimasukkan secara automatik oleh enjin pencari menggunakan perisian yang dinamakan Web Spider.
Melalui kaedah Web Spider, enjin carian akan mengemaskini maklumat laman web dalam simpanan mereka dengan melawat laman web pemilik dengan menggunakan robot maklumat. Robot maklumat adalah perkakasan dan perisian yang akan mengumpul maklumat laman-laman web Internet secara automatik.
Robot maklumat akan mengumpul maklumat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Untuk mendapatkan kedudukan yang baik di enjin carian, pemilik Perniagaan Internet perlu menggunakan metadata dan meta-description pada laman web dengan betul dan mengandungi kata kunci yang dijangka akan digunakan oleh pengguna Internet ketika mencari sesuatu topik
atau produk.
atau produk.
Enjin carian yang dinyatakan di atas turut menawarkan perkhidmatan penyenaraian secara percuma namun terdapat juga beberapa enjin carian yang mengenakan bayaran untuk setiap hits yang diterima laman web. Contohnya RM100 bagi 1000 klik yang dibuat pelayar Internet untuk pautan ke laman web pemilik.
Kaedah ini dinamakan pay-per-click. Kaedah ini membenarkan pemilik membayar enjin pencari agar laman webnya mendapat kedudukan yang tinggi pada setiap carian yang berkaitan dengan laman web pemilik.
Faedah pay-per-click adalah proses penyenaraian laman web menjadi lebih pantas dan mempercepatkan aktiviti promosi laman web. Khidmat pay-per-click akan menjamin yang laman web pemilik sentiasa berada di senarai teratas carian atau pautan kepada laman web akan diletakkan di muka depan enjin carian. Contoh enjin carian yang memberi khidmat ini adalah Google Ad Words dan Kanoodle.
Faedah pay-per-click adalah proses penyenaraian laman web menjadi lebih pantas dan mempercepatkan aktiviti promosi laman web. Khidmat pay-per-click akan menjamin yang laman web pemilik sentiasa berada di senarai teratas carian atau pautan kepada laman web akan diletakkan di muka depan enjin carian. Contoh enjin carian yang memberi khidmat ini adalah Google Ad Words dan Kanoodle.
http://eprints.utm.my/3602/1/ShahizamIbrahimMCD2006TTT.pdf
0 comments:
Post a Comment