Google Bagi menggali ilmu yang terdapat di internet cara termudah ialah dengan menggunakan enjin carian. Google merupakan enjin carian yang paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Ia merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang yang terbaik setakat ini dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa. Ia juga mampu memberikan keputusan carian yang jitu. Nadi kepada perkhidmatan ini ialah dua teknologi utama iaitu PageRank dan Analisis Padanan-Hiperteks.
Kelebihan Menggunakan Google1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar Mampu mengesan maklumat yang diperlukan dan member keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.
2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.
3. Carian boleh dilakukan secara spesifik Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.
4. Laman boleh diubahsuai Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.
5. Mudah untuk menilai hasil carian Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.
6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.
7.
Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka (interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.
Kelebihan Yahoo1. Yahoo! membolehkan para penggunanya membuat carian imej dengan lebih pilihan, termasuk dengan membolehkan para pengguna membuat carian imej berlesenkan Creative Commons atau imej untuk penggunaan komersial. Lesen Creative Commons membolehkan pemilik memberikan kebenaran kepada para pengguna yang lain untuk menggunakan hasil kerja mereka tanpa sebarang halangan, berdasarkan bentuk lesen CC yang dipilih oleh pemilik hasil kerja tersebut.
2. Maklumat yang dikehendaki boleh diperolehi secara rambang. Bermakna tidak perlu menghabiskan masa mencari kerana dengan menggunakan satu perkataan kekunci, enjin carian akan mendapatkan segala tapak web berkaitan dari komputer server dan memaparkannya di skrin pengguna.
3. Sebagai sebuah portal besar, bersifat antarabangsa selain bahasa Inggeris, Yahoo! juga dapat dilayari dalam pelbagai bahasa. Terdapat 42 jenis bahasa dalam portal Yahoo ketika ini, antaranya adalah Argentina, Brazil, Jerman, Perancis, Jepun, Thailand, India dan sebagainya.
6. Yahoo menyediakan hampir semua layanan internet popular yang digunakan oleh para pengguna internet. Dalam portalnya sendiri, Yahoo juga menyediakan layanan Yahoo Finance, Maps, Yellow Pages, dan sebaginya, serta memberi kemudahan bagi para pengguna dengan menampilkan sejumlah akses cepat ke pelbagai layanan lain seperti: Yahoo! Mail, Yahoo Weather, Yahoo! Groups dan Yahoo! Messenger.
Lain-lain Kelebihan Yahoo Mode Pencarian/Search: Dalam mode pencarian, Yahoo melengkapinya dengan sejumlah layanan seperti Yahoo! Image, Yahoo! Video, Yahoo! Local, Yahoo! News, and Yahoo! Shopping Search.
Komunikasi: Layanan ini merupakan layanan Yahoo yang memiliki jumlah pengguna terbanyak. Yahoo! Mail merupakan layanan email terbesar di dunia di mana jumlah penggunanya hampir separuh daripada keseluruhan jumlah pengguna email. Manakala Yahoo! Messenger masih mendominasi jumlah pengguna dalam hal layanan instant messenger. Yahoo juga menawarkan beberapa layanan jaringan sosial seperti: My Web, Yahoo! Personals, Yahoo! 360°, dan Flickr.
Isi: Yahoo bekerjasama dengan ratusan penyedia konten seperti Yahoo! Sports, Yahoo! Finance, Yahoo! Music, Yahoo Movies, Yahoo News, dan Yahoo! Games.
Mobile: Yahoo! Mobile merangkumi seperti: on-the-go messaging, instant messaging, moblogging, alerts, ringtones, mobile games dan photo.
OneSearch: Yahoo memperkenalkan sistem pencariannya sendiri yang disebut oneSearch, yang memberi kemudahan kepada pengguna mobail telefon.
Commerce/Perdagangan: Contohnya seperti Yahoo! Shopping, Yahoo Autos, Yahoo Real Estate dan Yahoo Travel yang memudahkan pengguna mendapatkan informasi dan membuat transaksi atau pembelian secara online.
Small Business/Perniagaan Kecil: Bagi Perniagaan para pengguna boleh melayari Yahoo Domains, Yahoo Web Hosting, Yahoo Merchant Solutions, Yahoo Business Email, dan Yahoo Store untuk mengembangkan perniagaan.
Advertising/Pengiklanan: Untuk pengiklanan - Yahoo! Search Marketing yang menyediakan ruangan seperti Sponsored Search, Local Advertising, dan Product/Travel/Directory Submit.
Kelemahan/Keburukan Mesin Pencari Yahoo1. Kebanyakan mesin pencari satu ketika dului (AltaVista, Yahoo, Excite) menampilkan hasil pencarian dalam urutan yang tidak jelas, menyebabkan pengguna harus menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengklik tiap halaman hasil pencarian untuk mencari informasi yang mereka inginkan.
2. Mesin pencari yahoo agak berat (lambat) ketika pengguna cuba membukanya kerana terlalu banyak widgets.
3. Yahoo juga banyak mendapat kritikan kerana membiayai kemasukan sejumlah spyware dan adware yang diselitkan dalam program.
4. Di Amerika Syarikat, layanan Yahoo Image Search mendapat kritikan tajam dari para ibu bapa kerana masih menampilkan gambar-gambar pornografi walaupun mode pencarian aman “SafeSearch” telah diaktifkan.
5. Namun tak seperti Google dan Microsoft yang merahsiakan catatan para penggunanya, Yahoo! terang-terangan menyatakan bahwa mereka tidak akan melindungi kerahsiaan catatan para penggunanya dari pemeriksaan pihak berkuasa. Sebagai contoh yang berlaku di negara China. Organisasi Hak Asasi Manusia Sedunia juga pernah menuntut Yahoo pada 28 Ogos 2007 atas tuduhan menyingkap maklumat peribadi (email dan ip address) warga negara China kepada pemerintah setempat sehingga terjadi penahanan ke atas sejumlah penulis email (pengritik).
Sumber :
Khairul Anuar Mohamad. 2008. Internet Untuk Semua. Venton Publishing, Selangor.
Khairil Nizam b. Zainal Badri. 2006. Menggali ilmu di internet menggunakan enjin carian. Venton Publishing, Selangor.
http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=23&t=11234&start=600
http://www.lukew-com/ff/entry.asp?189
http://notakom.tripod.com/Bab_Dua.htm
http://computersoftware.suite101.com/