Monday, March 22, 2010

PENJAGAAN KESELAMATAN KOMPUTER

Keselamatan Data/Fail

Dalam era siber kini keselamatan data atau fail adalah amat penting bagi memastikan fail-fail data tidak terdedah kepada akses secara haram, pengubahan atau penghapusan serta memelihara integriti, kebolehsediaan, kesahihan dan keselamatan data atau maklumat.

Maklumat yang dimaksudkan adalah merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran dan dengan itu ianya sangat bernilai dan bagi sesebuah organisasi atau individu. Kehilangan atau kemusnahan data/maklumat yang disimpan dalam komputer sering berlaku disebabkan oleh kejadian-kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecurian dan kecuaian.

Oleh itu, Pengawalan sebegini diperlukan agar data yang digunakan dan disimpan di dalam storan tidak diganggu serta bagi memastikan data yang diterima adalah sama dengan data yang dihantar. Ia juga berperanan untuk mengelakkan data yang dihantar selamat daripada intipan. Terdapat pelbagai cara memastikan keselamatan data, antaranya adalah seperti berikut;

a. Pencaman Pengguna (User-Id) Semua pengguna sistem komputer akan disediakan dengan kod pencaman bagi membolehkannya membuat capaian.Setiap pengguna akan diberikan kod pencaman pengguna yang tidak boleh dikongsi dan pengguna mestilah menyediakan pengesahan (authentication) (ie. kata laluan) yang hanya diketahui oleh pengguna berkenaan.
b.Penggunaan pengesahan (authentication) dan kod pengenalpastian (user identification code / password dan penyulitan (encryption) bagi mengelakkan data daripada capaian secara tidak sah.
c. Penggunaan firewall iaitu perkakasan dan perisian yang direkabentuk khusus bagi memelihara data dan rangkaian daripada virus yang memusnahkan sistem komputer. Contoh virus ialah seperti worm, trojan horse, adware, spyware, hacker, phishing, spam e-mail, dialer dan pharming.
d. Penggunaan pengesahan (authentication) juga berperanan untuk memelihara data dan rangkaian daripada bencana seperti kecurian, kebakaran dan sebagainya. Pengesahan adalah;
i. Pengesahan pengiriman sesuatu mesej.
ii. Mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber-sumber dalam komunikasi data.
iii. Pengesahan dengan menggunakan kata laluan (password).
iv. Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu untuk mengesahkan identiti sebelum memasuki sesuatu sistem.

3 kaedah pengesahan dengan menggunakan password iaitu sesuatu yang dimiliki (something possessed), yang wujud (embodied) dan yang diketahui (known).

Something Possessed
Melalui cara ini komputer akan memeriksa identiti melalui password dan something possessed yang dimiliki untuk skema pengenalpastian. Contohnya ialah seperti nombor pin kad ATM atau kad pintar.

Something Embodied
Pemeriksaan ke atas ciri-ciri unik pengguna bagi mengawal ancaman sistem keselamatan data iaitu seperti;
i. Pengenalpastian suara (voice recognation)
ii. Cap jari (finger print)
iii. Corak anak mata (retina pattern)
iv. Tandatangan digital (digital signature).

Something Known

Sistem komputer akan bertanya soalan berkaitan agen (pengguna) seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Langkah-langkah lain menjaga keselamatan data ialah;

i. Backup data secara berkala dengan menyimpannya pada CD, thumb drive dan sebagainya
ii. Install perisian anti virus.
iii. Run Windows up date/software update.
iv. Install pengimbas spyware/adware.
v. Jangan buka sebarang ‘attachment’ yang tidak dikenali.
vi. Aktifkan penapis junk e-mail dan buang fail yang tidak berkaitan.
vii. Minta nyatakan nama attachment, format dan aplikasi yang digunakan oleh pengirim email.

Penjagaan Keselamatan Komputer Cara Microwsoft

i. Perisian Microsoft Security Essentials

Ancaman siber (virus dan spyware) sering menggugat keselamatan sistem operasi (OS) Windows dan Windows 7. Menyedari hal itu Microsoft telah berusaha mencipta perisian keselamatannya sendiri bagi menangani masalah ini. Perisian yang dimaksudkan ialah Microsoft Security Essentials 1.0 yang diberikan percuma. Sebuah fail yang berlabel “msseces.exe” bersama beberapa fail yang lain disertakan dalam satu direktori.

Perisian ini berupaya mengesan kemasukan virus dan spyware. Selain mudah digunakan ia juga mampu mengesan pelbagai ancaman bagi mengurangkan kerisauan apabila melayari internet. Perisian ini juga menawarkan perlindungan berkualiti tinggi untuk menangkis serangan trojan, cecacing (worm), dan konco-konconya. Apa yang menarik failnya juga boleh dikemaskini secara automatik tanpa gangguan. Mungkin fungsinya boleh menjadi pelengkap untuk produk antivirus lain yang sedia ada.

Menjaga keselamatan Emel UTHM

Email UTHM merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting dalam menyelesaikan tugasan harian. Sehubungan itu satu garis panduan amalan positif perlu diikuti bagi menjamin keselamatan email. Email rasmi UTHM adalah merujuk kepada semua email individu, PTJ yang menggunakan mail @uthm.edu.my. Langkah-langkah penjagaan yang disarankan adalah seperti berikut;

1. Elakkan menggunakan email rasmi UTHM untuk melanggan /newsletter /dari laman web luar, mendaftarkan email rasmi untuk laman friendster, lelong.com dan mana – mana laman web yang memerlukan email semasa pendaftaran. Ini bagi mengelakkan email kita terdedah kepada ancaman virus worm dan trojan.

2. Jangan mempercayai email yang meminta pengguna memasukkan nama dan kata laluan sama ada akaun bank, kad kredit dan sebagainya bagi pengesahan akaun. Ianya merupakan satu penipuan di mana apabila kata laluan akaun bank dimasukkan, didapati duit dalam akaun simpanan pengguna akan hilang.

3. Merbahayanya kewujudan laman web palsu seperti laman web Maybank2u. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, taip sendiri alamat url di browser kerana jika anda klik pada url yang diberikan pada email dan sebaik sahaja anda login anda sebenarnya telah memberikan akses kepada penjenayah internet mengodam akaun bank anda.

4. Elakkan daripada melayan email yang menawarkan hadiah loteri bernilai puluhan ribu dan meminta anda untuk menghubungi agen penghantaran hadiah untuk membayar kos penghantaran. Risikonya anda akan kehilangan wang kos penghantaran tersebut dan hadiah yang dijanjikan tidak akan diperolehi sampai bila-bila.

5. Jangan melayari laman web yang berunsur perjudian online kerana ia bukan sahaja menghanguskan duit, malah komputer anda juga mungkin turut menerima kesan yang buruk.

6. Jangan muat turun fail atau sebarang lampiran yang dihantar kepada tanpa di imbas terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan virus.

7. Jangan berurusan dengan pihak yang menawarkan pekerjaan melalui internet dan mengkehendaki anda memasukkan wang deposit kerana ianya satu penipuan.

Komputer Mikro / Komputer Peribadi

Komputer Mikro atau komputer riba haruslah sentiasa dilindungi semasa pemprosesan, penyimpanan atau semasa penggunaan data. Perlindungan sumber yang berasaskan komputer mikro haruslah berasaskan nilai kepada organisasi atau tahap sensitiviti.

Salinan Perisian Dan Hakcipta

Pengguna adalah dilarang menyalin perisian daripada sistem sama ada untuk kegunaan rasmi atau persendirian kerana ia menyalahi Akta Hakcipta (Pindaan 1990).

Kawalan Fizikal dan Akses

Perkara-perkara seperti bilik server, instalasi komputer dan bekalan elektrik adalah di bawah kawalan Fizikal. Pemilihan tapak komputer yang selamat adalah penting bagi mengurangkan kesan bencana seperti kebakaran, gempa bumi, banjir ataupun capaian yang tidak dibenarkan.

JADUAL FUNGSI, PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER

Komponen asas fizikal komputer terdiri daripada peranti input, unit sistem (pemprosesan), storan dan output.


1. Input

Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.

Perkakasan Input

♦ Papan Kekunci (Keyboard)
♦ Tetikus (Mouse)
♦ Mikrofon
♦ Pengimbas (Scanner)
♦ Kamera Digital
♦ Joystick
♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)
♦ Mesin CT X-Ray
♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)
♦ Pengimbas cap jari


Perisian Input

Capture Pro
Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter
Intermec SmartWedge


2. Storage

Ingatan utama computer untuk menyimpan program atau data yang sedang digunakan. Dikenali sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2 jenis ingatan dalam computer iaitu Ingatan Capaian Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di dalam ROM tidak akan hilang apabila computer dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM menyimpan data buat sementara ketika computer digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan hilang apabila computer dimatikan. Storan sekunder ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal seperti CD dan sebagainya.

Perkakasan Storage

♦ Thumb Drive
♦ Hard Disk
♦ Server / Hosting
♦ Flash memory
♦ USB drive
♦ Optical drives
♦ Buslink
♦ Iomega Portable
♦ CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB
♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.
♦ CD-RW (CD-ReWritable)
Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.
♦ DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.
♦ DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital.
♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.
♦ DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video.
♦ DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard, Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemain DVD-ROM
♦ NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)



3. Processing

Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang mengandungi litar elektronik melaksanakan pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik yang lain.

Perkakasan Pemprosesan

♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan menjalankan segala tugas komputer.

Perisian Sistem

- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
- Linux
- Antivirus
- Macintosh
- DOS (Disk operating system)

Perisian Apilkasi

- Publisher
- Computer Aided Design (CAD)
- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi
- Lotus
- Photoshop
- Coraldraw


4. Output

Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal menggunakan pencetak/printer.
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam
sesuatu sistem.

Perkakasan Output

♦ Pencetak
♦ Pembesar suara
♦ Projector
♦ Kad tebuk
♦ Telefon
♦ Monitor
♦ Facsimile (Fax)
♦ Multifunction

Perisian Output

XMLLabel, ERPLabel

Jenis-Jenis Perisian

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
1. Perisian Sistem
2. Perisian Utiliti
3. Perisian Aplikasi

Perisian Sistem
Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan sebagai perisian tulang belakang komputer.

Contoh-contoh perisian Sistem:
• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)
• DOS 6.22
• UNIX, Linux
• OS2
• Mac OS X


Perisian Utiliti
Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan perkakasan komputer.

Contoh dan Kegunaan
a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.
b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk, Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG dan Kaspersky.
c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar
d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File Splitter
e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton System Works dan System Mechanic

Perisian Aplikasi
Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.

Contoh dan kegunaan
a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open office dan sebagainya
b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus FreeLance
c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver dan FrontPage
d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool dan Ifilm Editor

Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan sebagainya.

Sumber :

Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai.

Majalah PC. Julai 2009









Kaedah Memampatkan Fail/Data


Kaedah Pertama



1. Arahkan anak panah tetikus pada fail yang ingin di mampatkan
2. Klik Add to “….rar” di sebelah kanan tetikus.

Kaedah Kedua


1. Klik add pada tetingkap WinRar
2. Masukkan nama fail yang ingin dimampatkan
3. Pilih RAR pada Archive Format
4. Pilih Normal pada Compression Method dan klik OK.









Wednesday, March 10, 2010

Enjin Carian (Seach Engine)

Enjin carian adalah cara paling popular untuk pengguna Internet bagi mendapatkan sebarang maklumat dan juga mencari produk di Internet. Contoh enjin pencari yang popular adalah Google.com, MSN.com, AOL.com dan Yahoo.com.

Untuk menambah keberkesanan carian mereka, setiap enjin pencari menawarkan kepada pemilik laman web untuk mendaftarkan laman web ke dalam senarai carian mereka.

Untuk mendaftar pemilik laman web perlu memasukkan nama domain dan maklumat sampingan web mereka ke dalam bahagian Add Site. Maklumat yang selebihnya akan dimasukkan secara automatik oleh enjin pencari menggunakan perisian yang dinamakan Web Spider.

Melalui kaedah Web Spider, enjin carian akan mengemaskini maklumat laman web dalam simpanan mereka dengan melawat laman web pemilik dengan menggunakan robot maklumat. Robot maklumat adalah perkakasan dan perisian yang akan mengumpul maklumat laman-laman web Internet secara automatik.
Robot maklumat akan mengumpul maklumat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Untuk mendapatkan kedudukan yang baik di enjin carian, pemilik Perniagaan Internet perlu menggunakan metadata dan meta-description pada laman web dengan betul dan mengandungi kata kunci yang dijangka akan digunakan oleh pengguna Internet ketika mencari sesuatu topik
atau produk.

Enjin carian yang dinyatakan di atas turut menawarkan perkhidmatan penyenaraian secara percuma namun terdapat juga beberapa enjin carian yang mengenakan bayaran untuk setiap hits yang diterima laman web. Contohnya RM100 bagi 1000 klik yang dibuat pelayar Internet untuk pautan ke laman web pemilik.
Kaedah ini dinamakan pay-per-click. Kaedah ini membenarkan pemilik membayar enjin pencari agar laman webnya mendapat kedudukan yang tinggi pada setiap carian yang berkaitan dengan laman web pemilik.

Faedah pay-per-click adalah proses penyenaraian laman web menjadi lebih pantas dan mempercepatkan aktiviti promosi laman web. Khidmat pay-per-click akan menjamin yang laman web pemilik sentiasa berada di senarai teratas carian atau pautan kepada laman web akan diletakkan di muka depan enjin carian. Contoh enjin carian yang memberi khidmat ini adalah Google Ad Words dan Kanoodle.

http://eprints.utm.my/3602/1/ShahizamIbrahimMCD2006TTT.pdf

KESELAMATAN DAN SEKURITI

5.1 Sekuriti Internet

Keselamatan data adalah penting terutama transaksi perniagaan untuk memastikan agar data tidak boleh diubah oleh orang yang tidak berhak.

Media dan peranti komunikasi data selalu terdedah kepada capaian oleh orang yang tidak berhak contohnya gelombang mikro boleh diambil maklumatnya oleh orang yang mempunyai cakera parabola.

Keselamatan data boleh dilakukan dalam pelbagai kompenan komunikasi data seperti komputer hos, terminal, modem, peranti keselamatan data dan media penghantaran.

Media penghantaran berbeza pada tahap keselamatan di mana gentian optik (fibre optic) paling selamat kerana menggunakan teknologi cahaya manakala media yang tidak berpandu seperti ‘infrared’ atau satelit lebih terdedah kepada pengintipan.

5.2 Kaedah-kaedah Pelindungan

Antara kaedah-kaedah perlindungan data dalam Internet yang biasa di gunakan adalah :

Katalaluan

Katalaluan adalah kaedah keselamatan data yang kerap digunakan.
Dengan menggunakan katalaluan , keselamatan data diletakkan pada tanggungjawab pengguna tetapi masalahnya ramai pengguna yang cuai.
Pemilihan katalaluan mestilah dibuat dengan baik supaya tidak mudah diteka.

Firewalls

Firewalls adalah satu kaedah yang digunakan untuk menapis terlebih dahulu data yang diterima atau yang hendak keluar dari rangkaian.
Berdasarkan kriteria yang digunakan, data tersebut akan dibuang (discard) jika tidak memenuhi kriteria.

Firewalls boleh menjaga keselamatan data dan menghalang ralat yang berlaku dari tersebar ke rangkaian lain.

Biasanya firewalls diletakkan antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam di mana kerosakan dan capaian yang tidak berhak dapat dihalang.

Packet-filtering firewall menapis pada peringkat bingkisan di mana boleh periksa alamat dan jenis data.

Application-level firewall menapis ciri-ciri tertentu terhadap satu-satu aplikasi contohnya e-mel di mana ia dapat mengawal mel yang berulang dan yang terlalu besar saiznya.

Pengengkripan (encryption)

Satu teknik menukar data yang dihantar ke bentuk rahsia.

Data yang akan dihantar diengkrip dan menukar semula ke bentuk asal apabila diterima oleh si penerima.

Data asal dipanggil ‘plain-text’ dan yang telah diengkrip dipanggil ‘cipher-text’.

Salah satu algorihtma pengengkripan mudah adalah mengajak satu huruf ‘plain-text’ ke beberapa huruf di depan.

Misalnya huruf A jadi D, B jadi E , C jadi F … W jadi Z, X jadi A dan seterusnya.

Jika mesej asal adalah ABU akan dihantar data dalam bentuk DEX.

5.3 Serangan Virus dan Pecah-masuk Sistem
Virus adalah perisian mudah atau kod program boleh laksana (executable code) yang ditulis menggunakan pengaturcaraan komputer.

Kod virus akan aktif bila sesuatu operasi atau fungsi dimulakan dan ia berupaya merebak dengan mudah dan mampu membuat salinan secara automatik.

Kebanyakan virus dicipta oleh mereka yang ingin menguji atau menunjukkan kebolehan pengaturcaraan mereka serta bertujuan jahat untuk merosakkan sistem komputer orang lain.

Dijangka terdapat lebih 12,000 jenis virus komputer manakala lebih 300 virus baru ditemui setiap bulan.

Virus komputer yang menyerang sistem menampilkan ciri tertentu seperti jenis serangan , fail yang dirosakkan dan ruang ia berfungsi.

Antara kategori virus ialah ‘boot sector’, ‘file infector’, ‘boot strap sector’, ‘stealth’, ‘polymorphic’ dan ‘macro word concept’.

Selalunya virus komputer berpindah daripada satu PC ke PC melalui disket yang dijangkiti virus.

Virus juga boleh berpindah melalui rangkaian komputer di dalam sesebuah organisasi.

Kesan serangan virus komputer bergantung kepada jenis virus dan operasi kod virus itu dan serangan virus yang paling dahsyat adalah kehancuran seluruh sistem fail di dalam cakera keras.

Antara kesan lain yang nyata ialah kehilangan masa produktif, kerosakan data, perisian tidak stabil, mesej pada skrin, gangguan, sistem ‘lockup’ dan ‘crashed’ .



http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm

Monday, March 8, 2010

Memampatkan fail (Compression)

Apakah Itu Memampatkan Fail?

Memampatkan fail merupakan satu kaedah pemampatan atau pengurangan saiz fail kepada saiz yang lebih kecil supaya lebih mudah dikendalikan. Pengurangan saiz amnya adalah antara 30 - 50%. Terdapat beberapa software yang digunakan untuk memampatkan fail iaitu seperti Winzip, ARJ dan WinRAR. Dalam sesuatu imej digital, resolusi dan bit depth akan memberikan kesan kepada saiz sesuatu fail. Apabila sesuatu saiz fail atau imej terlalu besar kaedah pengurangan saiz fail hendaklah digunakan agar ianya tidak terlalu banyak menggunakan ruang dan tidak sukar untuk dipindahkan serta diproses. Perkara ini boleh dipenuhi dengan mengecilkan atau mengurangkan dimensi pixel, merendahkan bit serta memampatkan fail.

Bagaimana Memampatkan Fail?

Kaedah penggunaan WinRAR Window dari Windows Explorer adalah kaedah yang selalu digunakan untuk memampatkan satu fail atau beberapa fail sekaligus menjadi satu fail.
Langkah-langkah memampatkan fail dengan kaedah WinRAR.
i. Cara pertama ialah dengan menekan butang kanan tetikus pada nama fail dan pilih ‘add to....rar’ (nama fail) yang ingin dimampatkan.
ii. Cara kedua ialah dengan;
a. membuka WinRAR dari Desktop atau start program.
b. Tetingkap WinRAR akan kelihatan dan klik butang add.
c. Kemudian masukkan nama fail atau browse melalui browse button pada nama arkib.
d. Pilih RAR pada archive format dan normal (biasanya menjadi pilihan) pada compression method.
e. Tekan butang OK.

Sumber :

http://www.faq.shopfactory.com/kb/question.php?ID=34

Saturday, March 6, 2010

MENJAGA KELAMATAN DATA/FAIL

Dalam era siber kini keselamatan data atau fail adalah amat penting bagi memastikan fail-fail data tidak terdedah kepada akses secara haram, pengubahan atau penghapusan serta memelihara integriti dan keselamatan data tersebut. Pengawalan sebegini diperlukan agar data yang digunakan dan disimpan di dalam storan tidak diganggu serta bagi memastikan data yang diterima adalah sama dengan data yang dihantar. Ia juga berperanan untuk mengelakkan data yang dihantar selamat daripada intipan. Terdapat pelbagai cara memastikan keselamatan data, antaranya adalah seperti berikut;

a. Penggunaan pengesahan (authentication) dan kod pengenalpastian (user identification code /password dan penyulitan (encryption) bagi mengelakkan data daripada capaian secara tidak sah.

b. Penggunaan firewall iaitu perkakasan dan perisian yang direkabentuk khusus bagi memelihara data dan rangkaian daripada virus yang memusnahkan sistem komputer. Contoh virus ialah seperti worm, trojan horse, adware, spyware, hacker, phishing, spam e-mail, dialer dan pharming.

c. Penggunaan pengesahan (authentication) juga berperanan untuk memelihara data dan rangkaian daripada bencana seperti kecurian, kebakaran dan sebagainya. Pengesahan adalah;i. Pengesahan pengiriman sesuatu mesej.
ii. Mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber-sumber dalam komunikasi data.
iii. Pengesahan dengan menggunakan kata laluan (password).
iv. Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu untuk mengesahkan identiti sebelum memasuki sesuatu sistem.

3 kaedah pengesahan dengan menggunakan password iaitu sesuatu yang dimiliki (something possessed), yang wujud (embodied) dan yang diketahui (known).

Something Possessed
Melalui cara ini komputer akan memeriksa identiti melalui password dan something possessed yang dimiliki untuk skema pengenalpastian. Contohnya ialah seperti nombor pin kad ATM atau kad pintar.

Something Embodied
Pemeriksaan ke atas ciri-ciri unik pengguna bagi mengawal ancaman sistem keselamatan data iaitu seperti;
i. Pengenalpastian suara (voice recognation)
ii. Cap jari (finger print)
iii. Corak anak mata (retina pattern)
iv. Tandatangan digital (digital signature).

Something Known
Sistem komputer akan bertanya soalan berkaitan agen (pengguna) seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Langkah-langkah lain menjaga keselamatan data ialah;

i. Backup data secara berkala dengan menyimpannya pada CD, thumb drive dan sebagainya
ii. Install perisian anti virus.
iii. Run Windows up date/software update.
iv. Install pengimbas spyware/adware.
v. Jangan buka sebarang ‘attachment’ yang tidak dikenali.
vi. Aktifkan penapis junk e-mail dan buang fail yang tidak berkaitan.
vii. Minta nyatakan nama attachment, format dan aplikasi yang digunakan oleh pengirim email.